Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Vietnam Sekat Wabak Selesema...

HANOI - Vietnam mengadakan mesyuarat tergempar bagi berbincang mengenai langkah pencegahan ekoran penularan...

“Sejak Bila Pula Khazanah...

PELIK... MCA pertikai kenyataan terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad konon Khazanah Nasional Berhad...

Peringatan Hari Polis Ke-214...

KUALA LUMPUR - Bertemakan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' sambutan Peringatan Hari Polis...

2 Pemandu Bas Ditahan...

KOTA BHARU - Jabatan Imigresen Kelantan menahan dua pemandu bas ekspres yang disyaki...

Pembaca Berita Catat Sejarah Di Korea Selatan

PEMBACA berita Korea Selatan, Im Hyun Ju, mengubah tradisi di negara berkenaan dengan muncul dalam News Today dengan memakai cermin mata.

Tindakannya itu mendapat pujian ramai kerana Im melanggar tradisi yang diamalkan di negara itu di mana tiada pembaca beritanya yang memakai cermin mata.

Ini kerana, Korea Selatan mempunyai standard kecantikan yang tinggi apabila ia menyentuh mengenai pembaca berita.

Terdapat tiga saluran utama berita di negara berkenaan.

Walaupun tiada peraturan khusus mengenainya namun kebanyakan pembaca berita wanita terpaksa berdepan dengan keadaan di mana mereka perlu kelihatan `fancy’ dan menunjukkan kecantikan yang asli.

Ia menyebabkan wujud persetujuan tidak rasmi di kalangan pembaca berita untuk tidak memakai cermin mata memandangkan tiada siapa yang memakainya ketika membacakan berita.


Namun Im menegaskan dia akan terus memakai cermin mata kerana berasa selesa dengannya.

Ternyata langkah Im itu memberikan inspirasi kepada lelaki dan wanita di seluruh negara.

Rakyat Korea kini menunggu lebih ramai pembaca berita wanita yang lain melakukannya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori