Pemangku TYT Lawat Mangsa Letupan Gas

KUCHING – Pemangku Yang Dipertua Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar hari ini meluangkan masa melawat mangsa insiden letupan dan runtuhan, di Hospital Umum Sarawak (HUS).

Beliau bersama isteri Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar tiba kira-kira 2.25 petang melawat mangsa yang ditempatkan di Wad Urologi, Unit Rawatan Kebakaran dan Wad Ortopedik Lelaki.

Mohamad Asfia meluangkan masa hampir sejam bertanya khabar serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa di wad-wad tersebut.

Mohamad Asfia turut diberi penerangan keadaan serta perkembangan terkini semua mangsa oleh Pengarah HUS Dr Chin Zhi Hing.

Dalam kejadian di CItyOne Megamall petang semalam tiga lelaki maut dan 44 orang cedera. – BERNAMA

Loading...