Pemangku Raja Johor Kecewa 3 Tahun Hospital Masih Belum Dibaiki

KUALA LUMPUR – Pemangku Raja Johor, Tunku Mahkota Ismail kecewa wad ICU Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang terbakar tiga tahun lepas masih belum diperbaiki sepenuhnya.

“Saya mengikut rapat perkembangan mengenai isu ini dan telah membuat lawatan ke wad berkenaan pada tahun lepas, iaitu pada 1 November 2018. Setelah satu tahun berlalu, saya sekali lagi membuat lawatan ke wad berkenaan iaitu pada hari ini, namun keputusannya amatlah mengecewakan.

“Saya terkejut melihat keadaan wad itu yang masih mempunyai kesan kebakaran dan seolah-olah tiada usaha untuk memperbaiki atau memulihkannya walaupun 3 tahun telah berlalu. ‘NOTHING has changed since 3 years ago,” titah baginda di akaun sosial miliknya.

Baginda bertanya apakah rakyat negerinya kini menerima layanan yang berbeza.

“Adakah rakyat Johor kini dianak-tirikan sehinggakan fasiliti penting untuk rakyat Johor telah menjadi tempat terbiar?” titah baginda.

Johor jelas baginda, memberikan sumbangan yang besar kepada negara, justeru layak menikmati hasil yang secukupnya.

“Johor menyumbang 9.6% terhadap ekonomi negara pada tahun 2018, iaitu sebanyak RM138.9 billion. Maka rakyat Johor berhak untuk mendapatkan kemudahan yang terbaik bagi kesenangan hidup mereka,” titah baginda.

Dalam kejadian tiga tahun lepas itu, seramai enam pesakit yang sedang dirawat maut dan beberapa yanh lain cedera apabila api marak pantas membakar wad berkenaan – Mynewshub.TV

Loading...