Pemandu Van Keselamatan Maut Kemalangan

PEMANDU van keselamatan membawa wang maut manakala tiga lagi cedera ringan dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki diesel di Kilometer 389.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat sini.

Kemalangan menyebabkan kesesakan lalu-lintas kira-kira satu kilometer dari arah utara dan selatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan jam 12.33 tengah hari sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim tiba di tempat kejadian.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Katanya, tiga mangsa yang mengalami kecederaan ringan membabitkan dua berada dalam van keselamatan manakala seorang lagi pemandu lori tangki.

“Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari BBP Pasir Putih, Ipoh turut memberi bantuan membersihkan tumpahan diesel.

“Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan. – myMetro Online

Loading...