Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Izreen Azminda Kritik Persembahan...

SEBAGAI rakan artis yang sentiasa menyokong aktiviti seni rakan lain, Izreen Azminda baru-baru...

Tips-Tips Menarik Untuk Kelihatan...

Buat si gadis yang memiliki ketinggian yang agak kurang memuaskan mungkin boleh ikuti...

PRU14: UMNO Kedah Buat...

ALOR SETAR – Kesemua 15 bahagian UMNO di Kedah diminta menghantar laporan post-mortem...

2 Maut Pesawat Terhempas...

SEBUAH pesawat terhempas di atas sebuah rumah, mengakibatkan dua maut dan beberapa yang...

Pemandu Treler Sebabkan 5 Rentung Direman 2 Hari

KUALA KANGSAR – Seorang pemandu treler ditahan reman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan lima mangsa rentung di Km255.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara selepas Terowong Menora Sabtu lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Noorhidayah Mohd Saad di Mahkamah Kuala Kangsar di sini, bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek yang berusia 41 tahun itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam nahas 11.47 pagi, lima individu rentung apabila kereta yang dinaiki mereka terbakar selepas dirempuh sebuah treler.

Difahamkan, tiga daripada lima mangsa yang rentung terdiri daripada seorang wanita warga emas berusia 60 tahun, serta seorang wanita berusia 37 tahun bersama bayi lelakinya yang baru berusia setahun, dan mereka dipercayai dalam perjalanan dari Selangor untuk menghadiri upacara keagamaan di Taiping.

Setakat ini dua individu dipercayai anggota keluarga mangsa kemalangan hadir di Hospital Kuala Kangsar di sini semalam untuk melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi proses pengecaman mayat. – BERNAMA

Kategori