Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Darjah Kebesaran Pembakar Semangat...

KUALA LUMPUR - Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri yang dikurniakan Bintang Ahli...

Jakim Lantik TPM Biotech...

PUTRAJAYA - TPM Biotech Sdn Bhd dilantik sebagai makmal panel halal pertama Jabatan...

3 Lelaki Didakwa Edar...

JASIN - Tiga lelaki termasuk seorang warganegara India hari ini didakwa di Mahkamah...

Peminat Kecewa, Tiket Laku...

IMPIAN sesetengah peminat Malaysia untuk menyaksikan persembahan live Coldplay hancur lebur apabila tiket Coldplay...

Pemandu Teksi Kumpul 400 Set Monopoli

LONDON – Seorang pemandu teksi warga Britain menghabiskan masa lebih 30 tahun untuk mengumpul sebanyak 400 set permainan Monopoly.

Jason Dunn, 58, yang juga seorang pakar dalam permainan itu mula mengumpulkan koleksi Monopoly selepas dia muncul sebagai juara Kejohanan Monopoly Dunia sekitar tahun 1980-an.

Koleksi permainan papan itu masih disimpan dalam kotak asal dan berada dalam keadaan baik. Dia dilaporkan mempunyai set permainan yang merangkumi Monopoly edisi klasik London hingga versi moden.

Antaranya termasuk tema legenda Raja Rock&Roll iaitu Elvis Presley, drama bersiri popular, Game Of Thrones dan The Walking Dead.

“Saya suka permainan Monopoly kerana ia memiliki identiti tersendiri berbanding permainan lain tetapi kekal dengan konsep sama. Saya akan terus mengumpulnya termasuk cenderamata berkaitan permainan ini,” katanya. – Agensi/Kosmo Online

Kategori