Pemandu Teksi Jujur Diambil Bekerja Syarikat Australia

SIKAP jujur seorang pemandu teksi di Filipina telah merubah nasibnya dan keluarga apabila ditawarkan menyambung pelajaran dan bekerja di sebuah syarikat di Australia milik seorang ahli perniagaan.

Reggie Cabutotan, 30 dari Rosario, La Union, mendapat tawaran tersebut setelah mengembalikan semula barangan ahli perniagaan itu yang tertinggal di dalam teksinya semasa menggunakan perkhidmatannya.

“Apa yang saya lakukan hanyalah mengembalikan barangan itu setelah menyedari ia tertinggal di dalam teksi,” katanya kepada media tempatan.

Ahli perniagaan Australia, Trent Shields berkata, Reggie mengembalikan semula komputer riba, pasport dan fon kepala (headphones) ketika dia lupa mengambilnya kerana tidak sihat semasa menaiki teksi lelaki itu.

Kesemua barangan itu dianggarkan bernilai $7,000 AUD (RM23,438).

Pemandu Teksi Jujur Diambil Bekerja Syarikat Australia

Pemandu Teksi Jujur Diambil Bekerja Syarikat Australia

“Reggie tidak mengetahui nilai barangan tersebut, beg pakaian tersebut dikunci dan pastinya dia tidak kisah jika ia mengandungi jutaan dolar atau ianya kosong.

“Ia menunjukkan integiritinya,” tulis Trent dalam laman Facebooknya.

Selain menerima tawaran untuk menyambung pelajaran dan bekerja, Reggie juga mendapat pengiktirafan daripada kerajaan tempatan Baguio di atas kejujuran yang ditonjolkan.

Sumber: Sinar Harian

Loading...