Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kes 1MDB: Rayuan Tun...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad...

Lembu Suci: Lembu Di...

NEW DELHI - Sebuah kartun, memaparkan dua lelaki lemah diikat pada kayu gandar...

Pengarah Erma Fatima Fail...

PENGARAH tersohor, Erma Fatima memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Badaruddin Azme (Bade) di...

Lebih 90,000 Mangsa Banjir...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir tidak menampakkan tanda-tanda reda sehingga menyaksikan 90,250 penduduk...

Pemandu Teksi Gesa Kementerian Pengangkutan Adakan Pertemuan

BUTTERWORTH – Gabungan Pertubuhan Teksi dan Kereta Sewa Pulau Pinang serta Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang mahu Kementerian Pengangkutan mengadakan perbincangan dengan pihaknya bagi memperhalusi semula peraturan berhubung perkhidmatan e-hailing supaya ia adil kepada pihak.

Jurucakap gabungan itu, S.Subramaniam berkata pihaknya percaya perbincangan itu dapat mengakhiri pertikaian dan mewujudkan kesamarataan antara mereka dan pengusaha perkhidmatan e-hailing seperti pemandu Grab tanpa berkompromi akan aspek keselamatan.

“Kami meminta kerajaan terutama Kementerian Pengangkutan memberikan hak sama rata termasuk syarat dan peraturan kepada semua pemandu teksi sama seperti yang diberi kepada pengusaha perkhidmatan e-hailing.

“Banyak syarat yang diberi kelonggaran kepada pengusaha e-hailing sebaliknya pemandu teksi terpaksa mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, kira-kira 50 pemandu teksi mengadakan perhimpunan aman bagi menyatakan sokongan terhadap kepemimpinan Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM) yang menuntut hak kesamarataan atau keadilan dapat diwujudkan dalam situasi menang-menang dalam industri perkhidmatan pengangkutan.

Subramaniam berkata antara syarat dan peraturan yang ditetapkan ke atas pemandu teksi adalah mereka perlu memiliki kad memandu, pemeriksaan kesihatan, insurans dan beberapa lagi prosedur yang perlu dipenuhi sebelum mendapat kelulusan membawa teksi.


Syarat pengendalian kenderaan yang tidak sama rata dan kelonggaran yang diberikan kepada perkhidmatan e-hailing boleh membunuh industri teksi di negara ini.

Beliau berkata, sebelum ini pihaknya pernah memohon kerajaan untuk menyediakan satu aplikasi khusus untuk perkhidmatan teksi seperti yang digunakan pengusaha e-hailing, namun pihak terbabit memaklumkan ia melibatkan kos yang terlalu tinggi.

“Agak pelik juga dengan jawapan yang diberikan pihak kerajaan kerana pihak swasta mampu untuk buat aplikasi itu tetapi kerajaan tidak mampu,” katanya. – BERNAMA

Kategori