Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Samsung Galaxy A3 &...

Samsung Malaysia memulakan tahun 2015 dengan melancarkan beberapa siri telefon pintar terbaru dalam...

Amaran Angin Kencang &...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya yang berlaku di kawasan perairan Phuket...

Kes Jangkitan COVID-19 Dijangka...

KOTA TINGGI - Kerajaan menjangkakan peningkatan kes jangkitan COVID-19 akan terus memuncak, berikutan...

Patriot Mahu ‘Skandal Bazar...

KUALA LUMPUR – Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) menggesa agar siasatan “berdasarkan ketegasan undang-undang...

Pemandu Maut, Lori Terjatuh Ke Dalam Gaung Di Bintulu

BINTULU – Seorang pemandu maut apabila lori tangki minyak sawit dipandunya hilang kawalan lalu terjatuh ke dalam gaung di KM11 Jalan Samarakan pada pukul 10.30 pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata ketika kejadian , Zamri Manan,41, sedang memandu lori berkenaan dari arah Kakus menuju jalan utama Bintulu-Tatau dan apabila sampai ke lokasi kejadian lori tersebut hilang kawalan di selekoh tajam sebelum terjunam ke dalam gaung.

“Mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, lori tersebut mengalami kerosakan di seluruh bahagian dan kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan berkata, lori tersebut terjatuh menjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter. – BERNAMA

Kategori