Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRN Johor: SOP Seimbang...

KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat...

Hadi Dakwa PAS Berjaya...

TUMPAT - Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti itu berjaya...

Pesta Arak: Jangan Eksploit...

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini menyelar tindakan sesetengah pihak...

Agong Tiba Di Indonesia...

JAKARTA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di...

Pemandu Lori Mengaku Tidak Salah Rompak Penyampai Berita

PETALING JAYA – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang penyampai berita tempatan, Khairul Rizuan di Damansara Perdana, minggu lalu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Tertuduh Muhammad Qayyum Mazlan, 32, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Jamaludin Mat.

Muhammad Qayyum ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.
Mengikut pertuduhan, bapa anak satu itu didakwa merompak Khairul Rizuan Azizan, 34, iaitu sebuah beg jenama Fossil bernilai RM500 dan wang RM100 di tepi jalan di Damansara Perdana di sini pukul 3.40 petang pada 5 Mei lalu (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim tidak menawarkan jaminan dengan berhujah tegas pertuduhan yang dikemukakan terhadap tertuduh adalah kesalahan serius kerana melibatkan kerugian harta selain pertuduhan tersebut tidak boleh dijamin.


Bagaimanapun peguam Kailash Sharma yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh merupakan penanggung tunggal keluarga.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah membenarkan tertuduh dikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan sekali sebulan dan dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan dan mangsa.

Tarikh 20 Jun ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Kosmo! Online 6 Mei lalu melaporkan, Khairul Rizuan cedera diseret akibat cuba mengejar suspek yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana, di sini.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori