Pemandu Lori Kena 22 Tuduhan Rogol Anak

PASIR MAS – Seorang pemandu lori didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap 22 pertuduhan merogol dan satu kes melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya di Taman Bakti, Rantau Panjang, sejak Disember 2018 hingga April tahun ini.

Tertuduh berusia 52 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozaidi Yaakob.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh berdepan dengan 22 pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan rogol terhadap anak kandungnya berusia 16 tahun bermula 16 Disember 2018 hingga 9 April 2020 antara jam 3 pagi hingga 12.30 tengah malam di rumah mereka di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan, bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Tertuduh juga berdepan dengan satu pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama, kerana melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya yang didakwa berlaku jam 5.30 petang pada 1 April di lokasi yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu, Wan Nurul Hanini tidak menawarkan jaminan terhadap semua pertuduhan itu.

Mahkamah menetapkan 21 Jun sebagai sebutan semula kes.

Loading...