Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

GB4B Desak Nobel Keamanan...

GERAKAN Belia 4B Malaysia (GB4B) mendesak hadiah Nobel Keamanan yang diberikan kepada pemimpin...

Berpolitik Guna Fakta Tepat...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak...

Video: Bapa Pukul Bayi...

LANGSUNG tidak berperikemanusiaan... Gara-gara mahu membalas dendam kepada isteri, seorang bapa sanggup memukul...

71 Tangkapan Dalam Operasi...

IPOH - Sebanyak 71 tangkapan dilakukan menerusi operasi Akta Anti Pemerdagangan Orang dan...

Pemandu Lori Didakwa Perdaya Remaja, Culik Budak

MELAKA – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan menculik dan memperdaya seorang kanak-kanak dan remaja lelaki, tujuh tahun lepas.

K. Bala Subramaniam, 42, didakwa menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ketika kejadian itu daripada penjaganya di Taman Seri Hilir, On Lok, Batang Melaka, Jasin dekat sini, antara 6.30 petang dan 8 malam, 2 September 2010.

Lelaki itu turut didakwa memperdaya dengan mendorong seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun ketika kejadian itu supaya pergi ke ladang sawit dari rumah di Taman Seri Hilir, Jasin dekat sini, pada waktu dan hari yang sama.

Bagi pertuduhan menculik dia didakwa mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan, manakala bagi pertuduhan memperdaya tertuduh didakwa mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua pertuduhan ini boleh dihukum di bawah Seksyen 363 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap kedua-dua pertuduhan kerana dikhuatiri tertuduh akan mengganggu saksi dalam kes itu.


Bala Subramaniam yang tidak diwakili peguam hanya diam di dalam kandang tertuduh ketika Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi memintanya membuat rayuan terhadap jaminan bagi semua pertuduhan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori