Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Empangan Kenyir Tidak Ancam...

Kuala Berang : Runtuhan tanah sehingga menyebabkan berlakunya fenomena 'kepala air' tidak menjejaskan...

4,053 Perjawatan Tetap Tambahan...

KUALA LUMPUR: Seramai 4,053 permohonan membabitkan perjawatan tetap sebagai pegawai perubatan, pergigian dan...

“Kami Mohon Maaf Kepada...

"KAMI minta maaf kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia."Ia diluahkan Timbalan Presiden Persatuan...

Rombakan Kabinet Bukan Tugas...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, rombakan...

Pemandu Kereta Seret Anjing Sejauh 1km, Takut Digigit

BANDAR WUXI – Tindakan seorang lelaki di sini memandu kereta sambil menyeret seekor anjing yang diikat di belakang kenderaannya mengundang kemarahan orang ramai selepas satu rakaman menunjukkan perbuatan itu tersebar di internet.

Klip video berdurasi 13 saat yang dirakam pengguna jalan raya lain menunjukkan sebuah kereta sedan berwarna merah menyeret haiwan itu hampir 1 kilometer (km). Anjing itu, bagaimanapun dapat melarikan diri selepas ikatan tali pada lehernya terbuka.

Netizen yang berang menyaksikan rakaman itu turut mencari maklumat suspek berdasarkan nombor plat kereta itu. Pemilik kereta memberitahu polis bahawa kenderaannya dipinjamkan kepada rakan bernama Tang.

Tang tampil memohon maaf kepada orang ramai berhubung perbuatan itu. Tang juga mendakwa dia bimbang anjing itu akan menggigitnya jika diletakkan di dalam kereta.

Dia terpaksa menjaga anjing kepunyaan bapanya selepas lelaki itu dimasukkan ke sebuah hospital. Pihak polis dilaporkan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. – Agensi

Kategori