Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Waris AR Tompel Tuntut...

KUALA LUMPUR: Waris kepada pelakon Allahyarham AR Tompel telah membuat tiga tuntutan dalam...

Tentera Filipina Sahkan 3...

PANGLIMA tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano mengesahkan tiga militan rakyat Malaysia, seorang warga Indonesia...

Seorang Maut, 3 Cedera...

GEORGETOWN - Seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan...

Pinjam Kejap Je…

PETALING JAYA - “Saya nak minta maaf sebab dah curi moto abang. Saya...

Drebar Grab, Teksi Di Perlis Disaran Carum Perkeso

KANGAR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menggalakkan pemandu Grab dan teksi di Perlis agar mendaftar dan mencarum dengan pertubuhan itu bagi mendapatkan perlindungan keselamatan sosial.

Pengarahnya Mohd Asri Mohd Rasid berkata hanya segelintir daripada kira-kira 400 pemandu Grab dan 200 pemandu teksi di negeri itu mendaftar dan mencarum dengan Perkeso walaupun mereka menyedari manfaat yang boleh diperoleh.

“Apabila mendaftar dan mencarum di bawah SPS (Skim Pekerjaan Sendiri), sebenarnya mereka mendapat pelbagai faedah antaranya perubatan, hilang upaya kekal atau sementara dan pengurusan mayat serta dibayar pencen di bawah Skim Bencana Kerja,” kata Mohd Asri.

Beliau ditemui Bernama selepas program Sambutan Hari Perkeso 2018 peringkat negeri yang dirasmikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Sena Asrul Nizan Abd Jalil di Institut Latihan Perindustrian Kangar hari ini.

Mohd Asri berkata Perkeso telah melonggarkan pembayaran secara bulanan bagi memudahkan mereka membuat caruman. – BERNAMA

Kategori