Pemandu Grab Pulangkan Dompet Pelanggan RM27K

JIKA sebelum ini sering kali kita terdengar hal-hal buruk tentang pemandu Grab, namun ini satu berita positif mengenai mereka yang wajar dicontohi oleh setiap pemandu perkhidmatan e-hailing.

Seorang penumpang Grab, Leo berkongsi kisah baik hati pemandu Grab yang dinaikinya sanggup memandu balik ke arah lokasi yang diturunkannya selepas Leo mendapati dia tertinggal dompetnya yang mempunyai tiket perlawanan bola bernilai SD$8500 (RM26,364) serta wang tunai SD$350 (RM1,086).

Leo memesan perkhidmatan dari pusat beli belah 112 Katong menuju ke kediamannya di Bedok South pada jam 4.45 pagi, semalam.

Leo yang menyedari dia tertinggal dompet kemudiannya terus membuat laporan polis sebelum pembantu rumahnya memaklumkan dompetnya telah dipulangkan oleh pemandu Grab tersebut.

“Saya menghargai kejujuran pemandu Grab yang memulangkan semula dompet yang saya tertinggal dalam keretanya. Selain itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penumpangnya selepas menurunkan saya yang menjumpai dompet itu lalu menyerahkannya kepada pemandu tersebut.

“Ia satu benda yang indah melihat nilai kejujuran sebegitu di Singapura. Saya selalu kehilangan barang ketika bekerja di luar negara namun tak pernah dapat kembali barang yang hilang itu,” katanya seperti yang dikongsikan portal Stomp.

Leo juga sempat meninggalkan komen di aplikasi Grab menulis, You are the man! (anda adalah penyelamat),”┬ákepada pemandu tersebut yang dikenali sebagai Jeff. – MYNEWSHUB.CC

Loading...