Pemandu Grab Dilengkapi NUR Alert, Kesan Budak Hilang

PENYEDIA perkhidmatan e-hailing, Grab hari ini melancarkan kempen #SaferEveryday dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu usaha masyarakat membanteras jenayah berkaitan kanak-kanak khususnya kes kanak-kanak hilang.

Pengarah Negara Grab Malaysia, Sean Goh berkata, menerusi kerjasama pemandu Grab di 35 bandar raya akan membantu menerima sistem amaran kanak-kanak hilang NUR Alert.

“Pihak berkuasa sudah lakukan yang terbaik, namun kuasa untuk membolehkan ratusan ribu rakyat Malaysia saling melindungi serta berkongsi maklumat dan bekerjasama bagi memastikan keselamatan semua terjamin adalah kunci sebenar dalam membantu kita melangkah sebagai sebuah negara.

“Selain berkongsi NUR Alert menerusi rangkaian kerja pemandu-rakan kongsi, Grab juga akan meneroka penambahbaikan seterusnya bagi membangunkan cara baharu untuk menimbulkan kesedaran tentang NUR Alert dalam kalangan penumpang serta masyarat agar lebih meluas,” katanya pada pemberita selepas pelancaran kempen #SaferEeveryday di sini hari ini.

Sistem NUR Alert merupakan inisiatif kebangsaandalam membantu menyebarluaskan maklumat berkaitan kehilangan kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah secepat mungkin.

Loading...