Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bunuh Rakan Serumah, Empat...

JOHOR BAHRU - Empat sekawan ditahan polis berikutan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai...

Pengumpul Model Lego Sanggup...

KUALA LUMPUR - Seorang bapa kepada dua anak sanggup membelanjakan sehingga RM20,000 sejak...

Polis Kota Kinabalu Keluar...

KOTA KINABALU, 3 Jan (Bernama) -- Polis mengeluarkan 151 saman atas pelbagai kesalahan...

Ucapan Lee Tertumpu Kepada...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan memberi tumpuan kepada tiga isu – pra sekolah yang lebih...

Pemandu Grab Dibelasah Dan Diugut Penumpang

MALANG nasib seorang pemandu GrabCar apabila dibelasah dan dipaksa mencuri telefon bimbit penumpangnya, sedangkan bukan itu kejadian sebenar yang berlaku.

Dalam kejadian pada minggu lalu, pemandu dari Filipina bernama Armando Yabut, telah mengambil dan menghantar seorang penumpang lelaki dari Makati City menuju ke Kamuning Bakery Cafe di Quezon City, Manila.

Selesai menghantar, dia bagaimanapun menyedari telefon bimbit milik penumpang lelaki terbabit tertinggal di dalam keretanya.

Lantas, Armando melaporkan perkara itu kepada pihak Grab bagi mengesan penumpang berkenaan agar telefon bimbit itu dapat dipulangkan kepada pemiliknya.

Armando kemudian menghubungi penumpangnya, Jinno John Simon dan mereka bersetuju untuk berjumpa di rumahnya di Bandar Quezon.

Malangnya, apabila Armando tiba di rumah tersebut untuk mengembalikan telefon bimbit tersebut, Simon menuduhnya mencuri telefon itu dan mula memukul Armando.


Lebih teruk lagi, Simon juga telah memaksa Armando menandatangani sekeping surat yang menyatakan bahawa dia mengaku telah mencuri telefon Simon dan akan membayar gantirugi.

Difahamkan, Armando terpaksa menandatangani surat tersebut selepas Simon menggugut mahu mengancam isterinya yang sedang sarat mengandung.

Dalam sidang media yang diadakan, Armando telah mendedahkan identiti Simon dan kini dia mahu memfailkan saman terhadap lelaki berkenaan yang bekerja sebagai artis tatu, atas dakwaan menyerang dan menyebabkan kecederaan pada dirinya.

Namun, menurut peguam Armando, Simon telah menghilangkan diri selepas kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori