Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Unta Disingkir Pertandingan Ratu...

RIYADH - Sebanyak 12 unta dilarang daripada menyertai pertandingan 'ratu cantik' unta setelah...

Kelantan, Pahang Juara Tilawah...

KUALA LUMPUR - Qari Wan Ainuddin Hilmi, dari Kelantan dan qariah Siti Husnaa...

Krisis Prestasi Real Madrid...

MADRID - Pemain tengah Real Madrid, Luka Modric mengakui pasukannya berdepan masalah serius,...

Penuntut Wanita Warga Mongolia...

SEORANG penuntut wanita warga Mongolia yang maut selepas terjatuh dari bangunan didiaminya bersama...

Pemandu BMW Biadab, Seorang Pemuda Nyaris Maut

SEMALAM satu video rakaman kemalangan sebuah kereta yang nyaris bertembung dengan kereta dari arah bertentangan tular di laman Facebook.

Mana taknya, akibat sikap pentingkan diri, sebuah kereta Perodua Kenari kemalangan dan nyaris bertembung dengan sebuah kereta BMW yang memotong secara berbahaya.

Walaupun mangsa terselamat dalam kemalangan itu, kakak mangsa yang dikenali sebagai Nojahwati Sohaini telah memuat naik video rakaman tersebut di laman Facebooknya.

Video rakaman dari dashcam yang berdurasi 1 minit 4 saat itu telah mendapat lebih 115,000 tontonan dan lebih 700 share.

“Mujur adik saya (Daus) selamat semalam. Kepada kereta (BMW hitam) berkenaan, awak sangat biadab! Awak buat adik saya seinci dengan kematian.

“Saya nak viralkan apa yang awak dah buat. Moga kalau awak nampak tadi, awak sedar. Mana undang-undang yang awak pakai? Tak guna dapat lesen kalau macam ni cara pemanduan awak,” tulisnya di laman Facebook.

Berdasarkan video tersebut, Daus yang memandu kereta Perodua Kenari itu memandu seperti biasa di lorongnya. Namun secara tiba-tiba sebuah kereta BMW berwarna hitam cuba memotong lori di hadapannya.

Keadaan itu menyebabkan Daus terpaksa mengelak ke kiri jalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang besi di laluan bertentangan.


Dalam masa yang sama, mujur seorang penunggang motosikal sempat menekan brek dan mengelak dari melanggar kereta Kenari tersebut yang telah termasuk ke laluannya itu.

Nasib mereka baik apabila besi penghadang jalan yang terdapat di situ dapat menahan kereta tersebut dari terjunam ke dalam gaung.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan pemandu kereta BMW itu dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu berkenaan.

Difahamkan insiden pada petang Sabtu itu berlaku dekat Jalan Felda Ulu Penggeli Kluang, Johor. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

Kategori