Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anggota Kabinet Tidak Dibuli...

KUALA LUMPUR - Laporan media yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Pahang,...

Aswaja Minta Mufti P.Pinang...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) membidas Mufti Pulau...

Boleh Bayar Tol Guna...

PUTRAJAYA : Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) menjadi yang pertama melaksanakan Sistem Pembayaran Tol...

Pemandu Bas Dituduh Sebabkan Kematian Penumpang

SEREMBAN – Pemandu sebuah bas awam yang terbabit dalam kemalangan di Bukit Tangga dekat sini pada 23 Mei lalu sehingga menyebabkan seorang pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang maut dihadapkan ke Mahkamah Majistret Khas Trafik Seremban di sini hari ini.

Pemandu bas berkenaan, Othman Iberahim, 51, menghadapi pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian dan lapan pertuduhan memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kecederaan.

Dia yang beralamat di Jalan Peel Kuala Lumpur dituduh menyebabkan kematian Muhammad Firdaus Syahrul Azam, 17, mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dalam kemalangan itu.

Dia turut dituduh menyebabkan kecederaan penumpang bas iaitu R. Mahendran, 15; Iman Danial Abdullah, 17; Nur Aina Syazwani, 17; R. Janagan, 16; K. Sharveswary, 15; Nurin Ainun Nabilah Fauji, 17; Nurul Farah Izzati, 17, dan Nur Anis Nabilah, 17, mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987.

Othman dituduh melakukan kesalahan itu ketika memandu bas milik MyBas Cityliner dengan nombor pendaftaran NDC 2629 di Jalan Pantai-Bukit Tangga dekat sini kira-kira pukul 3.30 petang pada 23 Mei lalu.

Dia bagaimanapun mengaku tidak salah terhadap semua pertuduhan tersebut selepas pertuduhan dibacakan keatasnya oleh jurubahasa mahkamah.

Pendakwaan dijalankan oleh Rahimah Abd. Majid dan Sharifah Amirah Syed Ahmad Yunus di hadapan Majistret Norzaliza Tesmin.


Othman yang menggunakan kerusi roda dan tidak diwakili peguam memohon jaminan dikurangkan kerana kecederaan yang dialami dalam kemalangan itu belum pulih dan dia tidak mempunyai kemampuan membayarnya.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM6,000 untuk tuduhan menyebabkan kematian dan RM2,000 bagi setiap pertuduhan menyebabkan kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan jaminan sebanyak RM22,000.

Norzaliza juga menetapkan 19 Julai ini untuk sebutan bagi serahan dokumen serta membolehkan tertuduh melantik peguam.

Kategori