Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Sabah, Sarawak Bangunkan Industri...

KOTA KINABALU - Sabah mahu membentuk kerjasama dengan Sarawak untuk membangunkan industri automotif...

Datuk Seri Lemas, Sampan...

KUANTAN - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemukan lemas, manakala anak saudaranya...

Tulang Manusia Di Gua...

IPOH – Polis Perak mengesahkan serpihan tulang yang dijumpai di Gua Kandu April...

Malaysia Tak Lagi Bina...

KUALA LUMPUR - Kerajaan berpendirian untuk tidak lagi membina loji jana kuasa arang...

Pemain Liga-M Boleh Guna Nombor Jersi 1-99 Musim 2020

PEMAIN yang beraksi dalam Liga Super dan Premier Malaysia boleh menggunakan nombor jersi dari 1 hingga 99 bermula musim 2020.

Sebelum ini, penggunaan nombor jersi bermula 1-30 hanya bagi pemain daripada skuad utama dan nombor 31-50 bagi pemain pasukan Piala Presiden, Piala Belia atau Reserve Team yang bermain dengan skuad utama.

Penggunaan nombor jersi bermula nombor 51-60 pula hanya dibenarkan bagi pemain yang didaftarkan pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga-M).

Bagaimanapun, Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah meluluskan cadangan sekretariat mengenai nombor jersi yang dicadangkan bagi pasukan pada musim depan, menurut kenyataan MFL.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah MFL juga mengumumkan keputusan penamatan kutipan Levi daripada pasukan bertanding dalam Liga-M.

“Bermula musim depan, pembayaran untuk perlawanan dan pegawai pertandingan akan ditanggung sepenuhnya oleh pasukan masing-masing,” menurut kenyataan itu.


Ahli Lembaga Pengarah MFL turut mengesahkan Bengkel Program Kawalan Ekonomi (ECP) bakal berlangsung pada 18 November dan akan dihadiri semua rakan kongsi Liga-M.

Terdahulu, MFL telah mencapai kata sepakat untuk memperkenalkan ECP secara berperingkat bermula musim depan, sebelum pelaksanaan menyeluruh dan lebih ketat pada musim 2021.

Ia bertujuan untuk memudahkan rakan kongsi selaku pasukan bertanding memahami konsep ECP dengan lebih mendalam.

“MFL turut menasihatkan semua pasukan supaya tidak menandatangani mana-mana pemain sebelum taklimat dan pengenalan ECP,” kata kenyataan itu.

Kategori