Pelukis ‘Ucap Selamat Tinggal’ Selepas Kritik Prawit

PELUKIS jalanan warga Thailand mendakwa didatangi pihak polis susulan grafiti yang memaparkan Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwon, manakala empat aktivis lain ditahan kerana kritikan terhadap “Jeneral Rolex”.

Lelaki yang melukis jam dengan wajah Prawit di jejantas Sukhumvit Soi, 58, berkata, pihak berkuasa mula memantau kawasan kediamannya, selain ke rumah rakannya pada waktu malam.

Grafiti bertajuk “Stensil Memeningkan” itu siap pada Selasa malam dan mula mendapat perhatian ramai pada Jumaat apabila dikesan pihak berkuasa tempatan Bangkok.

Bagaimanapun pelukis jalanan itu telah memuat naik status di laman Facebooknya mengkritik pihak berkuasa tempatan kerana tujuan lukisan itu dihasilkan untuk menarik perhatian Prawit ramai mengenai koleksi jam mewah milik pemimpin negara itu.

“Saya ada hak untuk mempertahankan diri demi keselamatan. Apa yang saya lakukan hanya meluahkan buah fikiran melalui seni, ia kaedah sejagat. Saya tidak bunuh sesiapa pun, jadi kenapa perlu buru saya sebegini?” tulisnya pada laman media sosial itu.

Pada tengah hari Sabtu, pelukis jalanan ini telah mengemaskini statusnya memaklumkan dia telah meninggalkan kediamannya lewat Jumaaat dengan menulis: “Jumpa lagi dalam masa terdekat.”

Bagaimanapun, lain pula kisahnya bagi empat aktivis Pergerakan Sosial Demokrasi Anak Muda yang melakukan protes secara senyap terhadap Prawit pada Jumaat, apabila ditahan dan didakwa berhimpun secara haram.

“Kami hanya melakukan perhimpunan tanpa berkata-kata, sekadar miming juga tidak menggunakan pembesar suara dan kami hanya berempat sahaja,” katanya.

Keempat-empat aktivis yang mengadakan persembahan bertajuk “Terpulang kepada Pom” mengetengahkan isu rasuah dan kritikan terhadap Prawit itu telah ditahan dan didenda 10,000 baht setiap seorang. – The Bangkok Post/mStar Online