Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Skim Perumahan Madani Akan...

PUTRAJAYA: Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) akan memperincikan Skim Perumahan MADANI di tanah rizab...

Harga Petrol: Jangan Tangguh...

KUALA LUMPUR– Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berharap kerajaan tidak mengambil masa terlalu...

Anwar Kongsi Simpati Mangsa...

Tak pasti sama ada situasi ini tidak disedari atau memang sengaja dibuat, namun...

Vlogger Alami Keracunan Selepas...

SEORANG vlogger secara tidak sengaja telah mengalami keracunan selepas tersalah makan tumbuh-tumbuhan yang...

Pelukan Ayah, Semangat Adam Bantu ‘El Pescao” Di Sepang

SEPANG – Semangat keluarga dan pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin menjadi kunci kejayaan pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah menduduki tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.​

​Tatkala segelintir peminat tempatan meragui akan kemampuannya, Hafizh mengakui dua elemen tersebut membakar semangatnya untuk memacu laju di atas permukaan litar yang kering untuk melakar kejayaan bersejarah di laman sendiri.

Menurut pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu, saat melihat ayahnya menangis di sebalik pagar penghadang selain mengenangkan nasib Adam yang terbabas pada perlumbaan Moto3 membuatkan dirinya sebak sebelum ia mencetuskan rasa semangat luar biasa untuk berlumba.

“Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana permudahkan perjalanan perlumbaan saya. Minggu ini agak sukar bagi saya pada hari pertama dan kedua ditambah saya rasa hampa kerana ramai peminat yang tidak percaya pada kapasiti saya.

“Hari ini saya ambil semangat keluarga dan Adam. Ketika berada di petak permulaan saya nampak ayah jauh di belakang pagar…dia menangis suruh saya buat yang terbaik. Terima kasih kepada pengawal keselamatan kerana melepaskan ayah untuk berjumpa dengan saya dan saya sempat peluk beliau sebelum berlumba,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hafizh yang diberi jolokan ‘El Pescao’ muncul rookie pertama melepasi garisan penamat di Sepang dengan catatan masa 40 minit 59.291 saat (s) meskipun memulakan perlumbaan di petak terakhir selepas bergelut dengan permukaan litar basah pada sesi latihan bebas dan pusingan kelayakan semalam.

Pada masa sama, Hafizh berkata beliau mungkin boleh meraikan kejayaan muncul rookie terbaik musim ini di Sepang sekiranya beliau berjaya menamatkan beberapa pusingan perlumbaan sebelum ini.


Katanya, peluang untuk beliau mengatasi seteru utamanya Franco Morbidelli dari Itali yang mewakili pasukan EG 0,0 Marc VDS agak tipis memandangkan hanya tinggal satu pusingan perlumbaan sahaja selepas ini.

“Agak sukar untuk saya mendapatkan gelaran rookie terbaik tetapi bagaimanapun saya sudah bukitkan bahawa saya lebih laju daripada semua rookie pada musim ini cuma bukan rezeki saya kerana di Phillip Island, Catalunya dan Austin saya jatuh.

“Jika kita imbas balik kalau saya tidak jatuh mungkin kejayaan hari ini membolehkan kita meraikan kejayaan sebagai pelumba rookie terbaik di Sepang,” katanya.

Sementara itu, juara dunia MotoGP 2018, Marc Marquez daripada pasukan Repsol Honda Team menungguli saingan di Sepang dengan catatan 40:32.372s diikuti Alex Rins daripada pasukan Team Suzuki Ecstar di tempat kedua (40:34.270s) manakala rakan sepasukan Hafizh, Johann Zarco ketia (40:34.846s). – BERNAMA

Kategori