Peluang Bekerja Sebagai Penterjemah Emoji

PENGGUNAAN emoji kini sudah semakin meluas digunakan dalam telefon pintar dan ia juga boleh menjana pendapatan bagi mereka yang arif  ‘membaca’ makna sebenar sesuatu simbol tersebut.

Terbaru, sebuah syarikat penterjemahan global yang berpangkalan di London mencari jurubahasa untuk menterjemahkan emoji sekali gus menjadi ‘penterjemah rasmi emoji’ pertama di dunia.

CNN melaporkan, jawatan tersebut yang diiklankan di laman web Today Translations sejak dua minggu lalu telah menarik minat 100 pemohon dari seluruh dunia.

CEO dan pengasas Today Translations, Jurga Zilinskiene berkata, syarikatnya melabur masa dan tenaga kerana percaya penggunaan emoji akan menjadi semakin popular.

“Ianya adalah satu bidang yang kompleks,” katanya.

Peluang Bekerja Sebagai Penterjemah Emoji

Jelasnya, sebagai contoh maksud emoji yang menunjukkan seseorang ketawa terlampau kuat sehingga menangis dianggap sebagai ‘face with tears of joy’ oleh orang Barat.

Sebaliknya bagi orang Timur Tengah ianya membawa makna yang berbeza pada emoji sama iaitu kesedihan.

Beliau turut memberikan contoh budaya Jepun iaitu seorang guru akan menggunakan simbol bunga putih bagi memberi pujian kepada pelajarnya yang menjalankan kerja dengan baik, namun makna tersebut mungkin berbeza dengan budaya di negara lain.

Skop pekerjaan ini meliputi penterjemahan emoji kepada klien dan membuat laporan setiap bulan mengenai trend penggunaan emoji, perkembangan, kekeliruan dan perbezaan budaya.

Malah, sudah ada satu tugasan yang menunggu pekerja penterjemah emoji syarikat tersebut apabila seorang klien mahu menterjemah diarinya kepada emoji untuk anaknya.

Peluang Bekerja Sebagai Penterjemah Emoji

Gaji yang ditawarkan Today Translation adalah diantara £50 (RM279) hingga ke £100 (RM559) bagi setiap 1,000 perkataan.

Jurga berkata, pakar emoji akan mempunyai struktur gaji yang berbeza memandangkan satu emoji tidak melambangkan satu perkataan.

Menurutnya, posisi untuk kerja itu akan diletakkan sebagai freelance (bebas).

Peluang Bekerja Sebagai Penterjemah Emoji

Jelasnya, bagi mendapatkan pekerja yang terbaik, pihaknya menjalankan ujian dalam talian yang memerlukan pemohon membuat terjemahan emoji kepada bahasa Inggeris.

Penggunaan emoji sudah menjadi lebih popular dan digunakan secara meluas sejak beberapa tahun sehinggakan emoji ‘face with tears of joy’ menjadi emoji perkataan untuk tahun 2015 oleh Oxford Dictionaries. –MYNEWSHUB.CC

Loading...