Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mayat Kanak-Kanak Ditemui Di...

BACHOK - Mayat kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikhuatiri lemas di Pantai...

Mohamad Norza Calon Sesuai...

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria...

Lawak Menteri Arah Menteri...

SINIS... Kebelakangan ini netizen tempatan 'terhibur' dengan gelagat ramai menteri Pakatan Harapan (PH)...

Gambar Kemeriahan Majlis Resepsi...

PENYANYI Awie yang baharu sahaja bergelar Datuk, baru-baru ini mengadakan satu majlis resepsi...

Pelitup Muka Berganda Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19

KUALA LUMPUR – Pemakaian pelitup muka jenis kain sebagai lapisan tambahan bersama pelitup muka jenis perubatan, membantu menyaring lebih banyak partikel halus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pemakaian pelitup muka dua lapis juga lebih baik daripada pemakaian pelitup muka jenis kain semata-mata.

“Pemakaian pelindung muka (face shield) bukan satu yang wajib, namun ia membantu memberikan perlindungan yang maksimum,” katanya di Facebooknya, hari ini.

Bersama hantaran itu disertakan grafik berkaitan kajian Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mengenai pemakaian pelitup muka dua lapisan.

Kajian itu mendapati pemakaian pelitup muka jenis kain yang dipakai bersama pelitup muka jenis perubatan dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Sememangnya pemakaian dua pelitup muka akan menjadikan pernafasan sukar sedikit, namun secara umumnya penggunaan pelitup muka perubatan (3-ply surgical mask) dengan pelitup muka kain dapat digunakan dengan baik oleh kebanyakan pengguna dan tidak mengurangkan pembekalan oksigen kepada pemakai.

Dalam kajian yang sama dinyatakan pemakaian satu lapisan pelitup muka yang tidak diikat mampu menyekat 56.1 peratus partikel halus, manakala pelitup muka jenis kain menyekat 51.4 peratus.

Pemakaian pelitup muka jenis perubatan yang diikat ketat pula mampu menyekat 77 peratus partikel halus dan pemakaian dua pelitup muka jenis perubatan dan kain menghalang 85.4 peratus.


Turut dinyatakan dalam grafik itu panduan pemakaian dua lapisan pelitup muka yang betul, iaitu menggabungkan pemakaian pelitup muka jenis perubatan dan kain.

Gunakan pelitup muka perubatan dengan pelitup muka kain dan sebaik-baiknya, elak mengenakan dua pelitup muka perubatan atau dua pelitup muka kain sebagai pelitup muka berganda. 

Penggunaan pelitup muka N95 sepatutnya digunakan satu sahaja dan tidak dipasangkan dengan pelitup muka lain.

Pelitup muka N95 ialah piawaian tertinggi bagi jenis pelitup muka dan boleh melitup permukaan muka dan menapis sehingga 95 peratus partikel (sekiranya dikenakan dengan betul). 

Oleh itu, tiada keperluan untuk mengenakan pelitup muka berganda. – BH Online

Kategori