Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KKM Rampas Lebih 200,000...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merampas 251,782 produk kesihatan bernilai RM2.8...

Jerebu: Singapura Diminta Fahami...

JAKARTA - Ketua Staf Presiden Indonesia, Teten Masduki berkata, Singapura harus memahami kesukaran...

Bukan Muslim Tidak Harus...

TEGAS... Jawatan tertinggi kepimpinan negara terutama Perdana Menteri hanya harus dipegang oleh Muslim...

Ahmad Zahid, Fadilah Dilantik...

PETALING JAYA : Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

Peletakan Jawatan 4 Pemimpin DAP Tak Dijangka

GEORGE TOWN – “Parti tidak berubah, bahkan, tetap sama.

“Bagaimanapun, Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him dan puak beliau yang berubah berikutan kekalahan mereka.”

Ketika menyatakan perkara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keempat-empat wakil rakyat berkenaan menumpukan serangan mereka terhadap parti dan bukannya kepada skandal rasuah serta penyalahgunaan kuasa di negeri ini selepas kekalahan mereka dalam pemilihan parti peringkat negeri pada 2015.

“Mereka bukannya berusaha untuk memenangi semula keyakinan daripada anggota DAP Melaka, sebaliknya mereka menentang DAP kerana didakwa menolak mereka, mengakibatkan keanggotaan mereka digantung setahun oleh parti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain Sim, wakil rakyat lain yang mengumumkan keluar daripada DAP ialah Lim Jak Wong (Bachang), Goh Leong San (Duyong) dan Chin Choon Seong (Kesidang).

Lim mengakui kesilapannya kerana percaya bahawa Sim dan para pemimpin puaknya akan terus setia kepada DAP dan kempen parti untuk menyelamatkan Malaysia di sebalik wujudnya perbezaan pendapat dengan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

“Saya dukacita apabila mendengar Sim berkata beliau keluar daripada parti tanpa rasa pilu sungguhpun menjadi anggota parti selama hampir 35 tahun,” katanya.


Lim berkata DAP boleh mengambil tindakan disiplin terhadap Sim ketika beliau bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Umum 2013 menentang calon DAP bagi kerusi Kota Laksamana.

“Bagaimanapun, parti ini percaya beliau telah tersalah arah dan masih setia kepada DAP serta anggotanya.”

Menyifatkan peletakan jawatan keempat-empat mereka sebagai tidak dijangka, beliau berkata tidak seorang pun daripada mereka yang menyatakan kepadanya, pemangku pengerusi kebangsaan parti Tan Kok Wai atau setiausaha pengelola kebangsaan Anthony Loke, berhubung maksud perbezaan dasar itu.

“Mereka nampaknya keliru tentang apakah perbezaan dasar yang mereka kurang senang. Mereka juga kelihatan keliru berhubung rasional dalam meletak jawatan, yang seolah-olah lebih kepada tindak balas peribadi berikutan kekalahan mereka dalam pemilihan parti peringkat negeri Melaka dan diikuti dengan penggantungan keanggotaan selama setahun,” katanya.

Lim berkata pada Selasa, beliau akan ke Melaka untuk mengadakan mesyuarat pada 8 malam dengan anggota dan pemimpin DAP Melaka. – BERNAMA

Kategori