Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PSM: Mahathir Pecah Belah...

KUALA LUMPUR - Tidak logik dengan sokongan Tun Dr. Mahathir Mohamad sahaja, maka...

Iraq Masih Tunggu Malaysia...

KUALA LUMPUR - Demi kepentingan hubungan dua hala, Iraq berharap Malaysia akan membuka...

Tabung Harapan Lunaskan Hutang...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah yang berlangsung pada 24 April lalu telah...

Mahathir Tiba Di New...

NEW YORK – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di sini Selasa...

Pelatih Bengkel CDT Felda Jengka 2 Ditemukan Mati Lemas

MARAN – Seorang pelatih di bengkel CDT Felda Jengka 2 di sini ditemukan mati lemas di Lubuk Yu dekat sini, malam tadi selepas dilaporkan hilang dan tenggelam ketika cuba melepaskan mata pancingnya yang tersangkut di dasar lubuk itu.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Norzamri Abd Rahman berkata mayat lelaki itu ditemukan pada kira-kira 8 malam tidak jauh dari lokasi terakhir dia dilihat selepas dilaporkan hilang dan tenggelam pada kira-kira 5 petang.

Katanya kejadian berlaku ketika pelatih itu Mohammad Azzrin Abdul Rahim, 20, berasal dari Alor Gajah Melaka pergi ke kawasan lubuk berkenaan selepas solat Zuhur bersama lima rakan termasuk tenaga pengajarnya untuk memancing.

Beliau berkata menurut rakan-rakannya, dia telah terjun ke dalam air untuk melepaskan mata pancingnya yang tersangkut di dasar lubuk berkenaan.

“Mangsa kemudian dilihat terkapai-kapai sebelum rakannya cuba menghulurkan kayu untuk menyelamat namun gagal sebelum mangsa terus tenggelam dan hilang daripada pandangan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Norzamri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 5.10 petang dan menugaskan ketua serta tiga anggota Balai Polis Sungai Jerik bersama kekuatan sebuah jentera dan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jengka ke tempat kejadian.

“Usaha mencari di lokasi turut dibantu oleh penduduk kampung yang akhirnya menemukan mayat mangsa pada kira-kira 8 malam.


“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Jengka bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut oleh waris bagi urusan pengebumian,” katanya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori