Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pengalaman Lalu Dekatkan ATM...

MUAR – Usaha menjaga kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat dekat di...

PAS Harap PH Tak...

KOTA BHARU - PAS menyambut baik pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan berharap...

Jawatankuasa Audit Bebas Siasat...

KUALA LUMPUR - Satu jawatankuasa audit bebas telah dibentuk bagi menyiasat masalah air...

Penduduk Keringkan Bekas Lombong...

KUANTAN - Bekas lombong bauksit di Taman Sungai Karang Jaya di sini yang...

Pelarian Rohingya Saman Facebook AS$150 Bilion

LOS ANGELES, California – Pelarian Rohingya menyaman Facebook sebanyak AS$150 bilion (RM634.5 bilion) kelmarin kerana mendakwa laman sosial berkenaan gagal menyekat ucapan kebencian di platformnya sehingga menyebabkan keganasan terhadap etnik minoriti tersebut meningkat.

Saman dikemukakan di sebuah mahkamah California itu menyatakan, algoritma digunakan oleh Facebook mempromosikan maklumat palsu dan idea pelampau yang direalisasikan menjadi keganasan di dunia sebenar.

“Faceook adalah seperti robot yang diprogram dengan misi tunggal iaitu untuk berkembang.

“Namun, pertumbuhan Facebook yang disuburkan oleh kebencian, perpecahan dan maklumat palsu telah menjejaskan kehidupan beribu-ribu orang Rohingya,” demikian menurut saman tersebut.

Etnik Islam berkenaan berdepan diskriminasi meluas di Myanmar di mana mereka dibenci sebagai ‘orang asing’ walaupun telah tinggal di negara itu selama beberapa generasi.

Kempen anti-Rohingya disokong tentera Myanmar yang dilabel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai penghapusan etnik, menyaksikan ratusan ribu penduduknya diusir ke Bangladesh pada 2017 di mana mereka tinggal di kem-kem pelarian.


Ramai penduduk Rohingya masih berada di Myanmar di mana mereka tidak dibenar mendapatkan kerakyatan dan menjadi sasaran keganasan etnik di samping mangsa diskriminasi secara terang-terangan oleh junta tentera.

Di bawah undang-undang Amerika Syarikat (AS), Facebook dilindungi daripada sebarang liabiliti berhubung kandungan yang dimuat naik oleh penggunanya.

Namun, saman tersebut menyatakan bahawa undang-undang Myanmar yang tidak memberikan perlindungan sedemikian wajar diguna pakai dalam kes berkenaan.

Dalam pada itu, Facebook belum memberikan sebarang ulasan berhubung saman tersebut. Syarikat gergasi media sosial itu menerima tekanan di AS dan Eropah supaya menyekat penyebaran maklumat palsu terutamanya melibatkan isu pilihan raya dan koronavirus.

Kosmo-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori