Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perluasan Penjualan Ujian Kendiri...

PUTRAJAYA - Penjualan kit ujian pantas antigen Covid-19 (ujian kendiri) di pasar raya...

PM Najib Naiki Kereta...

TIANJIN - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan lawatan...

Pemandu Ikut Rapat Sondol...

KUALA LUMPUR - Hasrat empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mahu membantu...

Gambar Instagram Yang Boleh...

Kami percaya ramai yang berasa sakit hati dan malu apabila gambar tak senonoh...

Pelantikan Perdana Menteri Kesembilan Ikut Perlembagaan – Agong

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pemilihan dan pelantikan Perdana Menteri kesembilan dilaksanakan berpandu kepada Perlembagaan Persekutuan.

Titah Seri Paduka Baginda, selaras konsep Raja Berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, peluang diberi kepada semua 220 ahli Dewan Rakyat menerusi surat akuan yang diberikan kepercayaan dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Menerusi surat-surat akuan tersebut, beta mendapati seramai 114 ahli Dewan Rakyat telah memberi kepercayaan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Pada 19 Ogos, setelah menerima menghadap semua 114 ahli Dewan Rakyat itu, beta berpuas hati bahawa kepercayaan diberikan kepada Ahli Parlimen Bera dengan kerelaan mereka sendiri tanpa sebarang paksaan,”titah Seri Paduka Baginda.

Seri Paduka Baginda bertitah sedemikian semasa merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada Isnin.


Al-Sultan Abdullah bertitah, jumlah berkenaan adalah merupakan majoriti yang mencukupi untuk membentuk kerajaan.

“Justeru, selaras dengan Perkara 40 (2) (a) dan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan, beta telah berkenaan untuk melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kesembilan,”titah Seri Paduka Baginda. – Sinar Harian

Kategori