Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Sehingga 15 Februari LHDN...

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan sehingga 15 Feb...

123 Pelancong China Pulang...

KOTA KINABALU - Seramai 123 pelancong China dari Hubei pulang menaiki pesawat sewa...

Isteri, Anak Lelaki Azmin...

KUALA LUMPUR - Isteri dan anak lelaki Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali...

`Drama Cinta’ Lelaki Sanggup...

"TOLONG jangan tinggalkan aku, aku merayu pada kau!" demikian rintihan dan rayuan seorang...

“Pelantikan Latheefa Keputusan Saya Sendiri” – Mahathir

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu dibuat atas keputusannya sendiri.

Perdana Menteri berkata, pelantikan berkenaan tidak dibincangkan dengan ahli Kabinet.

“Saya tidak berbincang dengan Kabinet. Biasanya saya membuat keputusan sendiri kerana saya tidak perlu bertanya kepada Kabinet mengenai siapa yang saya pilih,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pelantikan Latheefa, bekas Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuat kuasa 1 Jun, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull. Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan permohonan Mohd. Shukri untuk memendekkan tempoh kontrak beliau yang sepatutnya berakhir 17 Mei 2020.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, beliau telah mendengar pandangan pelbagai pihak dan membuat penilaian sebelum membuat keputusan.

Kategori