Pelancong Rusia Mati Dibaham Buaya Di Papua New Guinea

SEORANG pelancong dari Rusia, Sergey Lykhvar, 37, ditemui mati dibaham buaya ketika sedang snorkelling di pantai yang terletak di barat negara itu, baru-baru ini.

Menurut saksi, terdapat seekor buaya air masin mengekori mangsa sebelum menyerang ketika dia sedang berenang dan nasib tidak menyebelahinya apabila disahkan maut ketika pasukan keselamatan cuba menyelamatkannya.

buaya1
Mangsa, Sergey Lykhvar.

“Kami percayai mangsa mati akibat dibaham buaya kerana beberapa anggota badan mangsa hilang selain kecederaan yang selari dengan tindakan haiwan pemangsa itu,” kata ketua penyelamat Prasetyo Budiarto.

Mangsa dilaporkan hilang tangan selain terdapat kesan gigitan di bahagian pinggangnya.

Buaya air masin yang kebiasaannya terdapat di kawasan pantai Indonesia dan Australia diketahui merupakan spesis buaya yang sangat merbahaya namun semakin pupus populasinya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...