Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nazri Aziz Rasmi Magic...

PUTRAJAYA - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz malam...

Takziah: Baby Sudah Cukup...

TAKZIAH kami ucapkan kepada pelakon Abby Abadi yang mengalami keguguran bayi lima bulan...

Kumpulan Curi Motosikal ‘Geng...

ALOR SETAR - Polis melumpuhkan satu kumpulan curi motosikal dikenali sebagai 'Geng Piloy'...

Azi Menangis Bertemu Keluarga...

KOTA BHARU – Ejen kosmetik yang diculik hingga dibawa lari ke Thailand buat...

Pelancong Malaysia Ada Video Seks Diusir

PERTH – Seorang pelancong Malaysia diusir dari Australia semalam selepas video memaparkan ‘seks keji dan keganasan melampau’ dalam telefon bimbitnya ketika pemeriksaan bagasi rutin di lapangan terbang Perth.

Lelaki berusia 43 tahun itu yang namanya tidak didedahkan tiba menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur pada Rabu lalu sebelum bahan mengejutkan itu ditemui, lapor AFP.

Dia ditahan di pusat penahanan imigresen sebelum dihantar pulang semalam selepas visa pelancongnya dibatalkan serta telefon bimbit dirampas.

Komander daerah Pasukan Sempadan Australia (APF) Mark Wilson berkata, video berkenaan menjijikkan dan melanggar peraturan Australia, tanpa mengulas lanjut apa kandungan sebenar ditemui.

Bagaimanapun, portal Perth Now melaporkan bahan dalam telefon bimbit itu tidak menjurus kepada eksploitasi kanak-kanak.

“Video memaparkan bahan seks keji dan perbuatan ganas melampau tidak diterima dalam masyarakat kami.


“Sesiapa yang didapati terbabit perbuatan seperti itu berdepan risiko membatalkan hak mereka untuk berada di sini,” katanya.

Portal The West melaporkan, pelancong lain dalam kumpulan lelaki itu dibenarkan meneruskan percutian mereka di negara itu. – Agensi/myMetro Online

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori