Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Dedahkan Bidang Perakaunan Kepada...

SHAH ALAM - Kerajaan menyarankan lebih banyak pendedahan diberikan kepada penuntut Bumiputera dalam...

Goh Jin Wei Gagal...

KUALA LUMPUR – Pemain remaja negara, Goh Jin Wei terlepas peluang keemasan untuk...

PAN Jadi ‘Kuda Tunggangan’...

TINDAKAN pihak menuduh PAN sebagai kuda tunggangan parti lain dalam Pakatan Harapan (PH)...

Gempa Bumi Landa Laut...

KUALA LUMPUR - Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda...

Pelaksanaan Subsidi Minyak Ditangguh

PETALING JAYA – Kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan subsidi minyak untuk golongan B40 yang sepatutnya bermula 1 Jun ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, Jemaah Menteri secara prinsipnya bersetuju supaya subsidi diberikan kepada golongan B40 selain memansuhkan harga siling untuk RON95.

“Keadaan ini bermakna harga RON95 akan terapung mengikut keadaan pasaran, tetapi Kabinet belum memutuskan bila polisi ini akan mula dilaksanakan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Beliau berkata, rancangan kerajaan ialah membekalkan subsidi RM30 setiap bulan atau subsidi 30 sen untuk setiap liter RON95 kepada pengguna yang layak.

“Jumlah minyak subsidi yang layak dibeli pengguna setiap bulan ialah 100 liter,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, kerajaan belum memutuskan bagaimana subsidi disalurkan iaitu sama ada melalui “kad isi minyak” atau melalui pindahan ke dalam akaun bank pengguna.

“Kerajaan telah memperoleh maklumat orang yang menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) , tetapi masih memerlukan masa untuk mengemas kini senarai golongan B40 yang layak untuk mengelak ada yang tertinggal,” katanya.


Selain mengkaji pemberian subsidi kepada pemilik kenderaan 1,5000 CC ke bawah serta isi rumah dengan pendapatan kurang RM4,000, kerajaan juga mempertimbangkan supaya subsidi diberi mengikut keperluan kawasan.

“Di Sabah dan Sarawak, terdapat ramai petani berpendapatan rendah tetapi membawa Toyota Hilux atau menggunakan bot,” kata Chieng Jen.

Tambahnya, kerajaan perlu memilih masa sesuai untuk melaksanakan sistem harga terapung kerana penghapusan harga siling RON95 dikhuatiri akan menyebabkan gelombang kenaikan harga barang.

Kategori