Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Siapa Kata Muat Naik...

KUALA LUMPUR – Tindakan Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil bakal memuat naik rakaman...

Bapa, Anak Ditahan Bersama...

PADANG BESAR - Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM) Padang Besar menahan seorang bapa dan...

5 Sebab Ini Mungkin...

BOLEH dikatakan majoriti kes curang yang terjadi di Malaysia melibatkan kaum Adam. Tetapi,...

Penjenayah Guna WeChat Culik...

JOHOR BAHRU - Kegiatan sekumpulan penjenayah yang menggunakan aplikasi WeChat untuk mencari mangsa...

Pelaksanaan PKP 2.0 Bukan Perkara Mudah

PUTRAJAYA – Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) bukan satu perkara mudah untuk mengimbangi keperluan untuk melindungi dan kelangsungan kehidupan rakyat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata perintah kawalan yang dilaksanakan kerajaan sejak 13 Januari lalu mengambil semua pandangan sebelum tempoh pelaksanaan dilanjutkan sehingga 18 Februari, tetapi membenarkan lebih banyak sektor ekonomi untuk dibuka dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Tumpuan rakyat dan perniagaan pada masa ini sudah tentu mengenai pelaksanaan dan lanjutan PKP. Bagi kerajaan, menentukan definisi sebenar PKP yang perlu dilaksanakan bukanlah perkara yang mudah. Terdapat pelbagai pendapat mengenai PKP.

“Ada yang mahu PKP ketat seperti pada awal Mac tahun lalu bagi memutuskan rantaian jangkitan. Ada pula yang mahukan PKP lebih longgar kerana bagi mereka, impak ekonomi akan menjadi lebih teruk susulan sekatan yang lebih tegas, jauh melebihi manfaat yang mungkin dicapai dalam mengekang penularan pandemik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Laporan LAKSANA Ke-39 Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Kita Prihatin (Kita PRIHATIN), hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, ekonomi negara tidak beroperasi seperti petikan suis yang mana ia tidak boleh ‘ditutup’ dan ‘dibuka’ mengikut kehendak.

“Kehidupan dan mata pencarian bergantung kepada kelangsungan operasi ekonomi. Dengan adanya PKP yang ketat, rantaian jangkitan mungkin dapat diputuskan.


“Namun bagi peniaga kecil dan mikro iaitu pengendali warung, tukang jahit serta tukang gunting rambut, PKP yang lebih ketat bermakna sehari lagi dapur mereka tidak berasap, sehari lagi tiada sesuap nasi untuk menyara keluarga.

“Kita tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak tetapi kita perlu melihat isu ini secara komprehensif,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan mendedahkan pelaksanaan PKP kali pertama pada Mac lalu menyaksikan ekonomi negara kehilangan pendapatan sebanyak RM2.4 bilion sehari memandangkan hanya sektor penting tertentu saja dibenarkan beroperasi.

Bagaimanapun, pelaksanaan PKP 2.0 dengan kebanyakan sektor ekonomi dibenarkan beroperasi memberi kesan ekonomi negara dengan kerugian sekitar RM700 juta sehari. – BH Online

Kategori