Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Beranak Didakwa Jalankan...

GEORGE TOWN - Dua beranak warga Indonesia pada Rabu didakwa di Mahkamah Sesyen...

Polis Selesai Kes Pecah...

MIRI – Polis Bintulu berjaya menangkap suspek utama kes pecah rumah melibatkan kecurian...

PBB Tak Cukup Wang...

NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mungkin tidak cukup wang untuk membayar...

Kedah Daftar Pasukan 2015...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) telah mendaftarkan seramai 22 pemain skuad...

Pelakon Veteran Zakaria Yusof Meninggal Dunia

DUNIA seni kehilangan pelakon drama era 1980-an, Zakaria Yusof, 65, yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu meninggal dunia kira-kira jam 6.45 pagi selepas mengadu sakit dada pada sebelah malam Rabu lalu.

Allahyarham Zakaria yang baru pulang daripada menunaikan ibadat umrah Rabu lalu meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung.

Pelakon Veteran Zakaria Yusof Meninggal Dunia

Berita Harian melaporkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Fatimah Ali; 65, dan empat orang anaknya.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di tanah perkuburan Islam AU4 Keramat kira-kira jam 2.30 petang.


Sementara itu, menerusi akaun Facebook Persatuan Seniman turut berkongsi gambar sekitar pengembumian Allahyarham.

Seorang pelakon aksi, Yank Kassim turut memuat mengucapkan takziah dia atas pemergian Allahyarham.

“Arwah adalah idola saya dari dulu lagi, penglibatannya dalam bidang lakonan sungguh saya kagumi. Dia adalah pendorong saya menjadi seorang pelakon sehingga hari ini. Alfatihah dan takziah dari saya pada keluarga arwah,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori