Pelakon Teruja Mahu Bintangi Filem Breaking Bad

BINTANG siri tv terkenal Breaking Bad berkata beliau amat berminat membintangi filem spin-off Breaking Bad, walaupun tidak ditanya lagi tentangnya.

Pencipta siri Breaking Bad, Vince Gilligan akan memulakan produksi filem berdasarkan siri hit rangkaian AMC itu.

Cranston memberitahu The Dan Patrick Show: “Saya belum mendapat skripnya, jadi soalnya sekarang adakah kita akan melihat Walter White dalam filem itu.

“Kalau Vince Gilligan meminta saya membintanginya, sedah tentu saya bersetuju. Beliau seorang yang genius.”

Cranston dan seorang lagi bintang Breaking Bad, Aaron Paul, tidak muncul dalam spin-off siri tv Better Call Saul.

Better Call Saul, disiar di Netflix dan sudah memasuki musim keempat, memaparkan peguam Walter White sebelum bertemu dan berurusan dengan beliau.

Masih tidak didedahkan sama ada versi filem itu sebuah prekuel atau sekuel, dan sama ada ia akan ditayang di pawagam atau televisyen.

Tetapi Cranston berkata Gilligan ada memberitahunya terlebih dahulu tentang projek filem itu.

“Ia sebuah cerita yang hebat, dan ramai yang mahu melihat penyelesaian ceritanya.

“Ideanya, daripada apa yang saya diberitahu, melibatkan beberapa karekter yang perjalanannya belum berakhir

Siri asal Breaking Bad dibintangi Cranston sebagai seorang guru kimia yang menjadi pengedar dadah methamphetamine.

Siri drama itu memaparkan perjalanan watak Cranston, Walter White yang berdepan cabaran moral dalam kehidupannya.

Siri Breaking Bad diikuti jutaan orang menjelang episod terakhirnya dan disebut sebagai salah satu siri tv terhebat dunia. – BBC/Mynewshub.tv

Loading...