Pelakon Popular Korea Ditahan

SEOUL – Seorang pelakon Korea Selatan didakwa melakukan serangan seksual terhadap dua wanita yang bekerja dengan syarikat penerbitan, lapor agensi berita Yonhap.

Polis telah merujuk kes itu kepada pihak pendakwa pada Khamis.

Pelakon berusia 41 tahun itu diletakkan di bawah jagaan polis pada malam 9 Julai kerana dituduh mencabul dan merogol dua wanita berkenaan di rumahnya di Gwangju, di selatan Seoul.

Kejadian dikatakan berlaku ketika kedua-dua wanita terbabit sedang tidur.

Pelakon itu ditahan secara rasmi pada Jumaat atas tuduhan merogol dan melakukan aksi tidak senonoh secara paksaan. Jika sabit kesalahan, boleh dipenjarakan sekurang-kurangnya tiga tahun.

Tertuduh, memberitahu polis dia mabuk ketika kejadian dan tidak ingat apa yang terjadi. Beliau kemudian mengaku atas semua tuduhan, kata polis.

Polis telah menjalankan ujian Asid Deoksiribonukleik bagi memastikan sama ada tertuduh menggunakan dadah untuk membuat kedua-dua wanita terbabit tidak sedarkan diri.

Beliau pernah membintangi kira-kira 25 filem dan drama televisyen serta meraih beberapa anugerah.