Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Beruang Polar Buat Lompatan...

PULAU SPITSBERGEN - Beberapa keping gambar menunjukkan seekor beruang polar membuat lompatan akrobatik...

Presiden Cyprus Mahu Pasport...

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa wajar membatalkan pasport yang diberi kepada ahli perniagaan...

Beli Kawasaki Ninja ‘Cash’...

MEMPUNYAI impian dan cita-cita tinggi sangat digalakkan dan untuk mencapainya pastilah disertakan dengan...

Nicol Mara Ke Separuh...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David semakin menghampiri untuk mempertahankan pingat emas...

Pelakon Khalid Salleh Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penggiat seni teater, Khalid Salleh meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas di Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri di sini hari ini.

Anak bongsu Allahyarham, Mohd Asyiq berkata Allahyarham Khalid, 70, menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 3.20 petang.

“Allahyarham dibawa ke pusat perubatan itu selepas mengadu sesak nafas pada pukul 8 pagi tadi sebelum dimasukkan ke unit rawatan rapi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Asyiq, 24, berkata jenazah akan disembahyangkan di Masjid Baru Taman Kosas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Kosas di Ampang sebelum Maghrib.

Allahyarham Khalid meninggalkan seorang isteri Hamidah Abdullah, 60, dua anak lelaki serta seorang anak perempuan.

​​​​Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia Hafiz Nafiah berkata persatuan itu merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Khalid.


Allahyarham merupakan pelakon lelaki kedua negara menerima pengiktirafan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke-43 di Taipei pada 1998 menerusi filem ‘Jogho’ selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Selain pernah popular dengan filem ‘Azizah The Legend’ dan ‘Abang’, Allahyarham juga merupakan penulis buku berjudul ‘Melayu Hilang di Dunia’ dan popular dengan filem ‘Buai Laju Laju’ serta ‘Hanyut’.

Pada awal tahun ini, berita mengenai penderitaan Khalid yang dikatakan sakit menjadi perhatian umum apabila gambarnya yang kelihatan uzur tular di laman media sosial. – BERNAMA

Kategori