Pelakon Ditahan Miliki 7.5 Gram Dadah Jenis Ganja

SYABAS… Pihak polis menahan seorang pelakon yang juga merupakan pelawak selepas menemui dadah jenis ganja seberat 7.5 gram di kediamannya di Taman Melati, Kuala Lumpur, semalam.

Memetik sumber, pasukan polis berkenaan turut berjaya menemui alat untuk mengisar daun ganja dalam serbuan secara mengejut kira-kira pukul 1 petang itu selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Wangsa Maju segera melakukan serbuan di rumah suspek.

“Hasil pemeriksaan, suspek telah mengambil sendiri satu beg kain berwarna ungu dari bawah meja di ruang tamu rumahnya yang mengandungi botol plastik lutsinar berisi ranting-ranting dan leraian daun disyaki dadah jenis ganja,” katanya dipetik sebuah portal online, hari ini.

Ujar beliau lagi, hasil siasatan awal mendapati suspek yang berusia 26 tahun itu mengaku memperoleh bekalan dadah berkenaan daripada seorang individu yang dikenali sebagai Sapek di Shah Alam, Selangor.

Pelawak berasal dari Kuala Kangsar itu kemudian ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. – MYNEWSHUB.CC/AM

*Video bawah sekadar hiasan…