Saturday, April 27, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Video Martabak...

LABUAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki seakan-akan...

Hospital Medan Bukti Komitmen...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan segera menambah bilangan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia...

Sesi Baharu PLKN Terap...

PUTRAJAYA - Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bakal mengikuti modul kemahiran teknikal...

Kendall Jenner Dilantik Duta...

DI sebalik kontroversi 'photoshoot' gambar bogel kakaknya Kim Kardashian, Kendall Jenner pula semakin...

Pelajar Ditampar Berkali-Kali Oleh Sekumpulan Pembuli

KEJADIAN buli di sekolah merupakan masalah disiplin yang sukar dibanteras dan hal ini semakin menular dalam kalangan pelajar di China.

Tularnya video berdurasi tiga minit menerusi laman sosial Weibo yang memaparkan seorang pelajar wanita dibelasah oleh sekumpulan pelajar wanita lain mencetuskan kemarahan dan kebimbangan warganya serta para ibu bapa.

Video tersebut didakwa dirakam di sebuah lorong di Leizhou, selatan negara itu.

Menerusi video yang tersebar, mangsa disandarkan pada dinding di lorong tersebut sebelum mukanya ditampar, rambutnya ditarik serta ditendang di bahagian belakang oleh kumpulan pembuli wanita tersebut yang terdiri daripada tujuh orang secara bergilir-gilir.

“Saya tidak akan melakukannya,” ujar mangsa berkali-kali ketika diserang, merayu pembuli untuk tidak terus menyeksanya lagi.

Kesemua pembuli itu difahamkan berumur lingkungan 15 tahun.

Pelajar Ditampar Berkali-Kali Oleh Sekumpulan Pembuli


Menurut sebuah portal antarabangsa, salah seorang pembuli wanita yang memakai tracksuit Adidas dan bertatu di lengan dikenali sebagai ‘Short Sister’.

Seorang lelaki dengan jaket berwarna jingga dipercayai bekas teman lelaki mangsa yang pada mulanya hanya memandang dari jauh akhirnya turut serta membelasah mangsa.

Sekumpulan netizen dari laman Wechat dikenali sebagai Leizhou Citizen yang berang dengan kejadian itu nekad mencari butir-butir diri individu yang dikenali dengan nama samaran ‘Short Sister’ itu dan menyebarkan ke laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori