Pelajar UUM Kes Baharu Covid-19 Di Kedah

SELEPAS 28 hari tanpa kes baharu, Kedah mencatatkan satu kes positif Covid-19 hari ini, membabitkan seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pelajar terbabit dikatakan menjalani ujian saringan Covid-19 dikendalikan di kampus universiti berkenaan kelmarin, sebagai persediaan untuk dihantar pulang ke negeri asalnya di Sabah.

Berikutan itu, pelajar terbabit dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan ditempatkan di pusat kuarantin.

MATI PUCUK? DAPAT RAWATAN SEGERA… KLIK

Ketika ini, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu sedang melakukan siasatan termasuk mengesan kontak rapat pelajar terbabit yang kini dikuarantin selama 14 hari.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman memaklumkan, seramai 287 pelajar UUM disaring dan seorang pelajar perempuannya disahkan positif, manakala seorang lagi pelajar akan disaring semula.

“Seramai 285 pelajar dibenarkan pulang ke kampung halaman selepas didapati negatif dan kami dimaklumkan pelajar terbabit pernah berkunjung ke sebuah pusat membeli-belah terkenal di Alor Setar.

“Ketika ini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah sedang mengesan kontak rapat pelajar terbabit dan maklumat terperinci akan dimaklumkan,” katanya ketika dihubungi.

JKN Kedah melalui kenyataan di laman Facebook hari ini, mengesahkan satu kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Mukim Temin, Kubang Pasu.

Kedah sebelum ini tidak melaporkan sebarang kes baharu Covid-19 selamat 28 hari dan diisytihar sebagai negeri zon hijau oleh Kementerian Kesihatan.

Setakat ini, Kedah mencatatkan 96 kes positif Covid-19 dengan satu kes kematian dan 94 kes sembuh. – myMetro Online

Loading...