Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hadi Awang Dibenar Keluar...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke...

Apa Lagi? Kalau Presiden...

SEPATUTNYA isu kalah perlawanan pertama dengan Lubnan pada 13 Jun lalu, mendorong kita...

1MDB Nafi Laporan Business...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menafikan laporan oleh The Singapore Business...

Lelaki Maut Dikelar Kerana...

LAHAD DATU - Seorang lelaki maut akibat dikelar di leher, dipercayai kerana menagih...

Pelajar UA Dituduh Muat Naik Status Hina TMJ

JOHOR BAHRU – Seorang pelajar universiti awam (UA) di ibu kota, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memuat naik status yang menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim, dalam akaun Facebooknya pada Februari lalu.

Ahmad Muazz Ishak, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memuat naik status menghina TMJ dalam akaun Facebook yang didaftarkan atas nama ‘MuazzIshak’, di sebuah premis makanan segera di Jalan Pontian-Skudai, jam 11.45 pagi 5 Februari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, dan hendaklah juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qayyum Ramlan, manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Valantino Ifni Ho Ridzuan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM10,000 dengan tertuduh perlu melapor diri dua minggu sekali di balai polis berhampiran sehingga kesnya selesai. 


Peguam mewakili tertuduh kemudian memohon jaminan diturunkan kepada RM2,500 dengan alasan anak guamnya masih menuntut dan tiada sumber pendapatan.

Hakim kemudian memerintahkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu melapor diri di sebuah balai polis di Kuala Lumpur, setiap dua minggu sekali. 

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes itu pada 25 Mei depan. – BH Online

Kategori