Pelajar Turki Terima Ganti Rugi Diskriminasi Tudung

MAHKAMAH perlembagaan di Turki memutuskan hak pelajar-pelajar sebuah universiti untuk pendidikan dan kebebasan beragama dicabul oleh pengharaman tudung.

Penghakiman yang diterbitkan dalam warta rasmi pada Selasa, menyatakan Sara Akgul, pelajar di Universiti Bogazici di Istanbul menerima biasiswa kementerian pendidikan antara tahun 200 hingga 2005.

Bagaimanapun, universitinya membuang Akgul pada tahun keempatnya apabila didapati beliau tidak memperbaharui pendaftaran.

Beliau sebenarnya dihalang menghadiri kelas dan mengambil ujian kerana memakai tudung, malah tidak dibenarkan masuk ke bangunan universiti.

Selepas diberikan pengampunan pelajar pada 2009 dan pengharaman tudung dimansuh pada 2009, Akgul kembali ke Bogazici dan menamatkan pelajaran pada 2012.

Kementerian pendidikan pada masa itu menuntut bayaran balik biasiswa yang dianugerahkan kepadanya sebelum itu.

Ekoran tuntutan itu, Akgul membuat permohonan kepada mahkamah perlembagaan selepas lama berusaha melalui proses perundangan.

Mahkamah sebulat suara memutuskan hak beliau untuk mendapat pendidikan dan kebebasan beragama dicabul, dan kes baharu perlu didengari untuk membetulkan keadaan.

Mahkamah turut memerintahkan Akgul dibayar sejumlah 20,000 lira (sekitar AS$3,700) sebagai ganti rugi.

Pengharaman tudung di Turki mula dilaksanakan pada tahun 1980-an, tetapi semakin ketat selepas 1997, apabila pihak tentera memaksa kerajaan konservatif berundur, dalam satu tindakan yang dianggap satu rampasan kuasa bentuk baharu.

Pengharaman dimansuhkan secara berperingkat bagi pelajar universiti selepas 2010, manakala pengharaman bagi penjawat awam ditamatkan pada 2013. – DS/AA

Loading...