Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Pengerusikan Mesyuarat Khas...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet pagi...

Agama Ibarat Bom Jangka...

IPOH - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini bertitah agama ibarat bom...

Isu Pelantikan AG Diharap...

JOHOR BAHRU - Isu berkaitan pelantikan Peguam Negara (AG) diharapkan diatasi dengan berhati-hati...

Peniaga Diminta Serap SST...

SEREMBAN - Peniaga diminta menyerap terus Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) pada...

Pelajar Tingkatan 2 Dakwa Retak Tulang Siku Ditendang Rakan

ALOR SETAR – Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua mendakwa mengalami retak tulang siku kanan selepas ditendang dari belakang oleh dua rakan kelasnya di sebuah sekolah menengah di Pokok Sena pada 25 April lalu.

M. Kavi Varman, 14, berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11.45 pagi selepas waktu rehat semasa dia sedang berdiri di dalam kelas sebelum ditendang dari belakang oleh dua rakan kelasnya itu.

“Selepas ditendang, saya terjatuh dan siku bahagian tangan kanan terkena bucu meja hingga menyebabkan saya sakit untuk menggerakkan tangan dan salah seorang daripada mereka turut memulas tangan saya.

“Saya menjerit namun rakan kelas yang lain tidak membantu jadi saya terus berlari ke bilik guru besar untuk membuat laporan,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Ladang Jabi, Pokok Sena di sini hari ini.

Katanya seorang guru perempuan membawanya ke Klinik Kesihatan Pokok Sena sebelum diminta untuk menjalankan pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Nerang dan hasil pemeriksaan doktor mendapati tulang sikunya retak dan telah diberi cuti sembilan hari.

Pelajar itu mendakwa ini bukan pertama kali dia dibuli oleh rakan sekelasnya yang dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati selepas dia memaklumkan kepada guru mata pelajaran Sains tentang ketidakhadiran rakan sekelasnya itu ke makmal Sains kira-kira dua bulan lalu.

“Mereka mula mengganggu saya selepas dirotan guru kerana ponteng kelas dan kali pertama, mereka baling kerusi hingga menyebabkan kaki kanan lebam dan luka. Selain itu mereka turut mengugut saya dan perkara itu telah dimaklumkan kepada pihak sekolah namun tiada tindakan yang diambil”.


K. Marimuthu, 39, berkata dia mendapat tahu kejadian yang menimpa anaknya selepas menerima panggilan daripada guru yang membawa anaknya ke hospital pada pukul 3 petang.

“Pihak sekolah telah dua kali datang berjumpa saya bagi menyelesaikan kes ini tanpa melibatkan polis tetapi saya sudah tidak dapat bersabar lagi kerana ini bukan kali pertama anak saya diganggu.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Pokok Sena pada 27 April lalu sebelum diminta untuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar. Selepas ini, saya harap anak dapat ditukarkan ke sekolah lain kerana dia takut untuk kembali ke sekolah terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata seorang daripada pelajar terbabit telah ditahan untuk siasatan dan telah dibebaskan atas jaminan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 kerana sengaja mendatangkan kecederaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori