Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Ibu Ajar Buat Syabu...

Ampang - “Saya belajar masak syabu dari emak. Selalu tengok dia hisap (menagih...

Tukang Kayu Hasilkan Replika...

Mengagumkan! Itu yang mampu dilontarkan apabila melihat hasil seni teliti oleh para tukang...

ISTAF Akan Siasat Tindakan...

KUALA LUMPUR – Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) akan meneliti semua laporan daripada...

UMNO Bertahan Sehingga Kini...

KUALA LUMPUR - UMNO mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip wala'...

Pelajar Tahfiz Mati Dipercayai Dipukul

TEMERLOH – Seorang pelajar pusat tahfiz di Lanchang di sini maut dipercayai dipukul selepas ditemui dalam keadaan lemah dengan kesan lebam pada badan di asramanya semalam.

Pelajar lelaki yang berusia 7 tahun itu ditemui wardennya kira-kira jam 1 tengah hari dan dibawa ke Klinik Kesihatan Lanchang untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia di klinik terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, mangsa mula belajar di pusat tahfiz itu bersama abang tirinya pada pertengahan Oktober lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pusat terbabit adalah sebuah rumah binaan batu yang dijadikan asrama tahfiz dan tidak mempunyai lesen daripada Jabatan Agama Islam Pahang setelah beroperasi sejak Januari tahun ini.

“Pusat tahfiz terbabit mempunyai empat pelajar lelaki termasuk mangsa dan pemeriksaan fizikal awal mendapati terdapat kesan lebam pada tubuh mangsa.


“Atas maklumat awal berkenaan kejadian ini,tangkapan telah dibuat ke atas tiga pelajar lain yang berusia 13 tahun bagi tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata,satu bedah siasat akan dijalankan oleh pakar perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh hari ini.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kategori