Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KAFA Jangan Tarik Diri...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diminta untuk tidak menarik diri...

Lelaki Pandu Lawan Arus...

HULU SELANGOR - Seorang lelaki ditahan selepas memandu lori secara berbahaya dan melawan...

Daulat Tuanku, Al-Sultan Abdullah...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia hari ini merafak sembah takzim atas perisytiharan Yang...

Keselamatan Sekolah Pondok, Maahad...

GURUN - Tahap keselamatan di semua sekolah-sekolah pondok dan maahad-maahad tahfiz berdaftar, di...

Pelajar Tahfiz Hilang Ditemui Di Ibu Negara

SEREMBAN – Dua daripada tiga pelajar tahfiz yang dilaporkan hilang dari pusat pengajian mereka di Kampung Seri Repah, Tampin sejak minggu lalu berjaya ditemui awal pagi ini.

Bapa kepada salah seorang pelajar berkenaan, Mahadhir Mat Lazim, 43, berkata, pelajar tahfiz terbabit ditemui olehnya di ibu negara kira-kira pukul 1 pagi tadi.

“Saya temui mereka di sebuah pusat komputer di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Jinjang, Kuala Lumpur.

“Saya telah membuat laporan polis berhubung penemuan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini pagi ini.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan tiga pelajar Tahfiz Al-Quran Darussyifa masing-masing berusia 13 hingga 14 tahun dilaporkan hilang dari pusat pengajian mereka sejak 24 April lalu.


Ketiga-tiga pelajar itu dipercayai melarikan diri dari pusat tahfiz tersebut kerana takut didenda selepas perbuatan mereka menggunakan telefon bimbit diketahui warden asrama. – K! ONLINE

Kategori