Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Viral Aksi Wheelie Penghantar...

VIDEO penghantar bermotosikal Domino's Pizza yang melakukan aksi wheelie di atas sebatang jalan...

Perhimpunan 808 Di Sekitar...

KUALA LUMPUR - Kira-kira 200 orang termasuk peguam dan aktivis media mengikuti 'Perhimpunan...

Nepal Airlines Tawar ‘Beli...

KATHMANDU - Syarikat penerbangan kebangsaan Nepal, Nepal Airlines Corporation (NAC), mengumumkan tawaran 'beli...

‘Sakura Malaysia’ Produk Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Pokok tecoma berbunga putih serta merah jambu dan dikenali sebagai...

Pelajar Pertama Korban Covid-19 Di Sarawak

SARAWAK hari ini merekodkan seorang lagi korban Covid-19 menjadikan jumlah kes kematian akibat wabak itu di negeri ini kini sebanyak 13 kes.

Mangsa terkini adalah seorang pelajar wanita Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berumur 23 tahun dan tinggal di Kota Samarahan.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ibu bapa mangsa juga disahkan positif Covid- 19.

“Mangsa menghadapi kesukaran untuk bernafas pada 30 Mac lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada hari sama dan disahkan meninggal pada 9.42 pagi hari ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, enam lagi kes baru positif Covid-19, menjadikan jumlah kes di Sarawak 312 kes sejak kes positif pertama dilaporkan pada 13 Mac lalu.


“Daripada enam kes itu, lima dirawat di HUS dan satu kes di Hospital Bintulu,” katanya.

Bagi kes individu dalam siasatan pula, sebanyak 141 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,005 kes.

“Daripada jumlah itu, 1,548 kes adalah negatif dan 145 kes PUI masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya. – myMetro Online

Kategori