Pelajar Malaysia Maut Di The Serpentine Lake, London

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar rakyat Malaysia ditemukan maut di The Serpentine Lake, Hyde Park, London United Kingdom pada semalam.

Difahamkan, mangsa ialah Muhammad Hafiz Zainal Epi, 23, yang merupakan pelajar di Imperial College, London.

Berita kematian tersebut disahkan bapanya yang juga bekas wartawan The Star, Zainal Epi.

Menurutnya, dia keluar akan ke London pada hari esok untuk urusan pengebumian anaknya di sana.

“Arwah tidak pernah memberitahu jika dia ada mengalami sebarang sakit sebelum ini dan pemergiannya saya mengejutkan kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, portal berita Metro melaporkan, polis menerima laporan penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 5.43 petang semalam.

Jelas portal tersebut, jurucakap polis memberitahu mayat lelaki itu ditemukan di dalam tasik dan punca kematian masih lagi dalam siasatan. – UTUSAN ONLINE

Loading...