Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mungkin Beberapa Bulan Lagi,...

Dalam beberapa bulan lagi... Sanusi akan berpeluh nak mempertahankan Kedah dalam pilihan raya...

Era Plat 2 Huruf...

TAMAT... Zaman nombor pendaftaran kenderaan di Perlis dengan hanya dua huruf yang mula...

PIBG SMJK Chung Hwa...

SHAH ALAM - Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung...

Malaysia Kutuk Serangan Ke...

PUTRAJAYA : Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh pemberontak Houthi ke atas Jazan, Arab...

Pelajar Kurang Mampu Nikmati Diskaun Jakel

DISKAUN sehingga 50 peratus bagi setiap item kelengkapan hari raya di Jakel Trading Sdn. Bhd. (Jakel) cawangan Sabah khas buat pelajar sekolah berlatar belakang keluarga kurang berkemampuan.

Lapor akhbar tempatan, syarikat gedung fabrik itu telah menaja 24 pelajar Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) yang kurang berkemampuan ketika membeli-belah di gedung tersebut hari ini.

Pengurus Jakel cawangan Sabah, Muhammad Aizad Shamsuddin berkata, program kerjasama dengan warga SSMS ini telah memilih pelajar di kalangan yatim piatu dan fakir miskin bagi mendapat potongan ekslusif tersebut.

“Tajaan ini merupakan tahun keempat kami menjalinkan kerjasama dengan warga SSMS membawa pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli-belah di Jakel.

“Pihak Jakel menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bagi setiap item kelengkapan hari raya di gedung kami. Program CSR ini akan terus dilaksanakan untuk berkongsi kegembiraan perayaan Aidilfitri,” katanya di Program Sumbangan Hari Raya SSMS bersama Jakel di Jakel Silk House Kota Kinabalu di sini hari ini.

Pihaknya sangat berbesar hati kerana dapat membantu para pelajar yang kurang berkemampuan mendapatkan pakaian sempena hari raya Aidilfitri sekali gus memberi kegembiraan buat mereka.


Sementara itu, penyelaras program merangkap guru akademik SSMS, Hafizah Abdul Rahim berkata, kesemua pelajar berusia antara 11 hingga 17 tahun dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

“Keutamaan kita ialah dalam kalangan pelajar dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM1,000, kategori yatim piatu dan mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, SSMS menerima dana daripada persendirian saban tahun pelaksanaan program yang sama sejak empat tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori