Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Cheng Hoe Letak Jawatan

KUALA LUMPUR : Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa Tan Cheng Hoe membuat...

Buah Kelapa Laut Dapat...

BALING - Peniaga buah kelapa laut atau dikenali juga dengan nama buah Thai...

Fasa Satu Lebuhraya Pan...

Kuching : Fasa satu projek Lebuhraya Pan Borneo kini sudah mencapai 86 peratus...

Jepun, Australia Tandatangan Perjanjian...

TOKYO: Jepun dan Australia menandatangani perjanjian memperkukuhkan hubungan pertahanan bagi menyumbang kepada kestabilan...

Pelajar Kolej Dan Rakan Menyamar Tentera Ditahan

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar kolej swasta dan rakannya ditahan kerana menyamar sebagai anggota tentera dan cuba menceroboh di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 22 dan 23 tahun menaiki kereta jenis Proton Saga menggunakan alasan memasuki kem kerana mahu bertemu kenalan mereka yang didakwa anggota tentera.

Difahamkan, suspek menggunakan identiti sebagai anggota Rejimen Perisikan Khas Tempur.

Pelajar Kolej Menyamar Tentera Ditahan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen bagi membuktikan identiti ketika pemeriksaan di Pos Pengawal Tentera 1.

“Pengawal melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki suspek dan menemui pakaian seragam pegawai tentera.

“Siasatan mendapati suspek pertama adalah pelajar kolej swasta manakala suspek kedua tidak bekerja.


“Semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan ditahan reman tiga hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan berhubung motif sebenar kedua-dua suspek menceroboh kem terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 447 kanun Keseksaan dan Seksyen 16 Akta Kesalahan Kecil 1955.-MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

Kategori