Pelajar IPTA Dijel, Disebat Kes Rogol Gadis Bawah Umur

SEPANG – Seorang penuntut sebuah institusi pengajian tinggi awam di Selangor dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merogol kekasih bawah umurnya sehingga hamil dan melahirkan bayi awal tahun ini.

Hakim Saifulakmal Mohd Said menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Nabil Mohd Zamari, 21 mengaku bersalah merogol remaja perempuan yang berusia 15 tahun enam bulan ketika kejadian di sebuah rumah di Desa Sinar Salak, Giching di sini pada April 2017.

Muhammad Nabil didakwa menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan mangsa merupakan pasangan kekasih selepas berkenalan menerusi aplikasi WeChat.

Laporan polis dibuat setelah mangsa melahirkan bayi pada Januari tahun ini dan analisis DNA yang dibuat kemudiannya mendapati tertuduh merupakan bapa kepada bayi yang dilahirkan itu. – BERNAMA

Loading...